12 September 2013 - 19:30
18 khatib tidak diizinkan membaca khutbah

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Kementerian Hal Ehwal Agama Islam Arab Saudi tidak mengizinkan 18 khatib dari membaca khutbah di beberapa masjid jami', di 6 buah bandar bulan lalu. Tindakan itu dibuat apabila kementerian tersebut mengesan beberapa penyelewengan khutbah mereka terhadap latar belakang pergolakan politik yang berlaku di negara-negara Arab.

Saluran satelit al-Arabiya memetik berita al-Hayat, bahawa wakil kementerian al-Awqaf, Tawfiq al-Sudairi menegaskan 18 khatib di berbagai wilayah Arab Saudi telah disoal siasat dan ada di antara mereka ditamatkan perkhidmatan serta mereta apabila didapati memberikan komen yang salah tentang pergolakan politik di negara-negara Arab. Kementerian tersebut menyifatkan komen-komen tersebut sebagai hasutan.

Al-Sudairi menegaskan pihaknya telah menamatkan perkhidmatan 3 khatib yang mana 2 orang daripadanya dari kota Riyadh manakala seorang lagi dari Utara Saudi.

Beliau menambah siasatan telah selesai dan hasilnya akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Penasihat di cawangan kementerian itu untuk tindakan lanjut.